goldbar_1920
Origin-banner

ASAL USUL

Novamil adalah ciptaan ulung ahli farmasi Perancis yang merawat kanak-kanak dengan masalah gastrousus.

Sekumpulan pakar kanak-kanak dan pakar gastroenterologi berkumpul untuk merumuskan formula yang berkesan untuk kanak-kanak. Novamil dihasilkan secara eksklusif di Perancis dan Jerman. Selama lebih dari 20 tahun, Novamil adalah jenama terkemuka di Perancis.

stamp

BAHAN-BAHAN

Untuk memberi nutrien terbaik kepada anak anda, semua formula Novamil mengandungi susu segar, yang melibatkan kawalan kualiti yang ketat terhadap makanan, persekitaran dan juga kesihatan lembu sapi yang menghasilkan susu. Mengandungi bahan yang tidak diubahsuai secara genetik dan berkualiti tertinggi saja yang digunakan dalam produk kami.

Untuk memastikan kesegaran susu, kilang kami terletak dalam jarak 200 kilometer dari ladang. Kami mematuhi prosedur untuk menyelesaikan pemerahan ke penerimaan kilang dalam 24 hingga 48 jam.

milk-treatment

PERAWATAN SUSU

Pengeluaran Novamil dikawal ketat sepanjang peringkat pembuatan:

1. Setiap penghantaran susu dari ladang diuji

2. Semua bahan diukur dengan tepat

3. Susu mentah ditapis dan dipasteur

4. Pengeluaran dilakukan dalam litar tertutup

5. Semua produk siap diuji sebelum dilepaskan

Kawalan yang ketat ini membolehkan kami mengekalkan standard kualiti, menjadikan Novamil sebagai jenama yang dipercayai di seluruh dunia.

IKRAR KAMI

Kami komited untuk terus mengembangkan formula inovatif baru untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak dan memberikan yang terbaik untuk si manja anda.

Novamil-Translation_eng_checkpoint_updated_260321